Tuesday, August 26, 2008

THE END



TAMAT

Wednesday, August 20, 2008

Edisi Terakhir

Ok..aku rasa dah cukup. Aku rasa aku dah capai fasa yg lain dlm hidup aku. Masa memula aku tulis blog ni, asalnya sbg countdown ke arah wedding aku. Countdown ke arah penamat zaman bujang aku. Then..berlarutan sampai sekarang. Blog ni jadi tempat aku lepas geram dan eksperikan pengalaman aku sepanjang hidup selepas kawen and sometime pengalaman zaman kecik aku. The best pengalaman yg aku pernah kongsi dlm blog ni adalah kelahiran Sofea ke dalam keluarga kami dan bagaimana melihat perkembangan anak kesayangan kami ini dari minggu pertama Hernie mengandung kemudian lahirnya Sofea pada 16th May 2007 dan sehinggalah ke hari ini.


I'm not sure sama ada nk delete ke tak. tapi aku akan decide selepas minggu depan, lepas aku save balik semua gambar dlm blog ni. Kemungkinan besar aku akan delete blog ni. Tutup. Aku percaya aku dah menamatkan satu fasa dlm hidup aku. I need to move on. Beralih ke fasa yg baru di mana aku rasa aku lebih matang dari sebelum ni.

kalau ada yg aku tertulis yg buat korang terasa atau marah ke..atau terasa diperbodohkan ke..mintak maap laa banyak banyak. Tak ada niat pun.


Ni last gambar.. hahah..baru ambik semalam kat McDonald Jusco. Aku belikan baju raya Sofea. baju Cheongsam Cina and terus pakaikan dia utk jalan jalan. Testing aje...

Pasni target beli baju melayu kaler biru muda..baru padan dgn baju Sofea. Hernie..kat Kelantan nanti beli la kain kaler biru muda. Malam ni kami kelik Kelate. Then Ahad gi KL. Hantar Abg aku ke KLIA. Member nk fly...buat PhD.



ADIOS AMIGOS!!!!!!!!

Monday, August 18, 2008

Edisi 365; Abang Aku Kawin???

Ntah apa apa ntah...aku loser. Aku lupa abang aku kawen hari ni. Akad nikah malam tadi. Lupa sampai aku tak call wish dia pun. Mmg aku betul betul lupa. Aku call adik aku kat kampung tadi nak tanya psl PC lama aku kat kampung. Kot kot ada back up gambar gambar dlm PC tu..pastu ada bunyi bising. Aku tanya dia kenapa bising..pastu dia kata...tgh kenduri kawin Abang. aku; 'errkkk' kaget. rasa bersalah pulak sbb tak call. Dah ler tak balik kampung..pastu lupa lak nk wish. Malang betul minggu ni.

Edisi 364; ....... Speechless

i don't know what to say. I'm so dissapointed. Nak marah pun tak guna. Laptop hilang. My precious gambar gambar Sofea termasuk video development Sofea since lahir hilang sekali. Tu belum lagi termasuk my wedding photos, gambar gambar kami dan jugak aku since 1999 yg ada dalam tu. Laptop boleh beli. Senang aje...tapi gambar gambar tu???? Aku tersangat la sedih sekarang. Tangan kaki aku masih berketar ketar sekarang ni sbb sedih. Aku ilang arah. Aku dah sesat. Bak kata Nik Anas, aku 'Los Lobos'. Pagi ni saje dah habis sekotak rokok aku balun. Tapi aku masih lagi sedih.

Aku tak marah. Aku cuma marah kat diri aku. Aku tahu laptop tu akan hilang sejak Jumaat lepas lagi. Aku cuma tak berani nak cakap 'jgn lupa bawak balik laptop tu'. Biasanya kalau aku ingatkan something supaya dia tak lupa, dia akan melenting. Aku salah sbb aku takut nak pesan. Aku salah sbb takut dia melenting. i'm so dissapointed with my self. Thinking how loser i'm. Semata mata takut, i'm lossing my precious record of my daughter life.

uuh...


p/s:- masih terbayang kat kepala aku ..1st time sofea menyusu botol, 1st time sofea berdiri, 1st time sofea merangkak, 1st time sofea meniarap, 1st time sofea berjalan, 1st time sofea panggil mama & abah, 1st time sofea balik sabah & kelantan. 1st time sofea masuk rumah dari hospital, 1st time sofea mandi, 1st time sofea tu..ni...bla..bla..blaa.semua direkod dalam video. Then...lesap...

Saturday, August 16, 2008

Edisi 363; Home Alone + Sofea

Hernie pergi kursus kat Port Dickson sejak semalam. 3 hari 2 malam dia akan berada di Port Dickson. Sofea..eheheh..berada di bawah jagaan aku. Sebenarnya cuak jugak aku nk ditinggalkan dgn Sofea ni, takut dia meragam. Ni 1st time Sofea berenggang dgn mama dia. Khamis lepas, aku buat simulation jaga sofea. Aku mintak cuti..and spend masa satu hari dgn sofea tanpa kehadiran mama dia. Ok pass!!! Semalam...PASS!!!berjaya melepasi satu malam dgn jayanya. Sofea tido lenanya je dgn aku semalam. Kami bangun pukul 10.00 pagi tadi. Kami sama sama layan tgk olimpik sampai pukul 1 pagi. Tgk Badminton (Lee Chong Wei Vs Lee Hyun Il) and tgk Tennis (Rafael Nadal Vs Novak Djokovic). Esok mama Sofea balik...tinggal lagi satu malam seja lagi.

Tuesday, August 12, 2008

Edisi 364; Jalan Jalan Lepas Kerja

Semalam lepas kerja, kami pergi Jusco Melaka. Saje..ronda ronda..bawak Sofea jalan jalan. Then, masuk tempat game kanak kanak ni. Apa ntah nama dia. Sofea & Mama dia naik la keretapi kecik yg ronda ronda kt kawasan tu.
Yang anehnya macam mama dia je excited!!!!!! sapa yg kanak kanak sebenarnya ni.....

Edisi 363; Community Shield


Man Utd won their 1st silverware of the season. Charity Shield Cup by beating Portsmouth 3-1 in the penalty shootout. Portsmouth gave Man Utd a very good resistance and Man Utd 2nd string proved that they are still up away above them. Even without their 1st string of players, Man Utd had showed how much quality they have. However, lack of finishing for the goal still haunted the team since last season they are fully depended to C Ronaldo (a winger player) to score. Hopefully SAF can find a target man for the goalscoring job before the start of the new season. A name came up yesterday. Thierry Henry??? This speculation suddenly pop up and Sir alex didn't deny the rumours.

For this new season, the strongest team, i would like to say it was Chelsea FC. They had very experience line up, even though some say they are too old to compete. To many new players brought in while Man Utd still didn't bring any new player yet. 2nd strongest, i would say Liverpool FC. But if Rafa Benitez still apply the rotation system, they will go down like the last season. Hopefully Man Utd can retain their premier league title for this new season even though the challenge is greater than last season. Team outside the 'big four' also improved so much and they have potential to break the 'big four' domination.




Monday, August 11, 2008

Edisi 362; Jalan Jalan Cuti Cuti

Sabtu lepas kami satu family ke Pekan Batu Arang, Selangor. Ada kawan kawin. Lama gilo dowh tak datang sini. Aku consider Bt Arang ni tempat di mana aku grew up masa childhood. Lepas abah aku retired, kami berpindah ke Kelantan..time tu tahun 1993. 1993 jugak tahun last aku jumpa bebudak classmate kt Bt Arang ni. Tetapi, dgn adanya frenster, kengkawan lama ni berjaya pulak dicontact. Aku excited gila nk pi Bt Arang time dapat invitation Card dari Wan Noorul Hana. Pastu...ber YM YM dgn eichah, Hafizul psl nk datang kenduri ni. Dah lebih 15 tahun tak jumpa diorang. Hari tu kat kenduri, ok laa...dapat jumpa berberapa kawan lama. Ada Eichah, Zalina, Nizam Othman, Azri, Hafizul, Ridhuan, Shams, Intan and the pengantin tu sendiri. Tapi pengantin tu mcm lebih kenal anak aku drpd aku..ahahha...

Manuel & Wan Noorul Hana (Congrates bro..selamat jadi org Malaysia!!, and selamat jadi org France pd Hana)

Sofea time pergi kenduri hari tu kena demam batuk + selsema. Risau gak aku kang terjangkit kat pengantin time hana kiss sofea tu. Aku sendiri pun dah terjangkit.

On the way balik..singgah KL. Telefon Roza (sorang lagik kawan yg dah dekat 2 tahun tak jumpa) and Kartika (adik hernie). Suh diorang datang Tasik Titiwangsa. Saje jumpa diorang kat situ + nak naik Eye On Malaysia.
Sofea & Auntie Tika
Abah control gayat!!!
Kanak Kanak Ribena yg excited nk naik benda alah tu..
Last last nampak ni...pindah ke Melaka ke!!!!

Wednesday, August 06, 2008

Edisi 361; Kasut


Aku berjaya beli kasut hari ni. Kasut badminton. Kasut lama aku dah rabak sbb kasut tu aku guna utk jogging dan main bdminton sejak tahun 2005. Dah dekat 4 tahun aku guna kasut tu. Ingat nak terus lagi pakai tapi wife aku asyik membebel suruh beli yg baru. Aku bukannya tanak beli. Tapi sayang nk tukar kasut tu. Aku ni jenis sentimental terutama kalau benda yg lama dah aku pakai. Last last aku bagi syarat..kalau nk beli kasut..mestilah harganya murah gila dan branded. Kalau setakat cap ayam atau cap kronos atau cap eepro tu, tak payah la. Tapi ntah mcm mana bini aku tu jumpa lak kasut cap dunlop yg berharga RM32 (harga diskaun). Terpaksa la aku beli. Pasal beli kasut ni..aku teringat roomate aku time aku bujang kat KL dulu. Riki panggil aku mat kasut. Sebab aku suka shopping kasut. Haah. Betul. Time tu mmg aku suka shopping kasut. Kasut futsal, kasut bola, kasut snickers, kasut badminton, kasut kerja, kasut berpoya poya. Semua aku ada. Lepas tu aku insaf. Walaupun insaf, sekarang ni pun aku masih ada banyak kasut kat rumah. Ehehehehe.
Kasut Cap Tayar

Monday, August 04, 2008

Edisi 361; I'm A CatKiller Person (Serial Killer?)

Kenapala aku ni asyik terbunuh kucing. Bukannya aku sengaja. Last sekali 2 malam lepas. Seekor kucing dgn macho dan berjalan kontrol Nsemnya melintas time aku pecut kat jalan raya. Time aku brek..kucing tu pun brek jugak. Mata dia straight tgk mata aku. Gedebuk!!!. Tengok side mirror. Kucing tu dah terbongkang. Sudah 4 'confirmed kill" aku dah buat. Seekor lagi membolehkan aku dinobatkan sebagai ACE (mcm fighter pilot lak). Yg tak konfom kill aku rasa dah banyak.

Bukan aku tanak mengelak, last time aku mengelak kucing, aku hampir membunuh seorang rider motosikal kat side kiri kereta aku. Time tu, seekor kucing melintas jalan..so aku mengelak dgn membalas stereng kereta aku ke kiri. brader motosikal tu sempat membrek dan berenti. Aku tgk belakang.. brader tu kaku/kaget jugak laa. Sipi lagi nak kena libas dgn kereta aku. So, semalam..the best way yg aku buat, brek kereta, tapi kucing tu pun berenti gak kat tgh jalan (kaku + terkejut) and finally..game over.

Saturday, August 02, 2008

Edisi 360; Jalan Jalan

Mcm biasa..malam sabtu kami keluar shopping. Beli barang barang dapur kat TESCO. Lepas tu pergi sungai Melaka. Naik Ferris Wheele (Konon konon Eye On Melaka). Seumur hidup aku ni, ni baru 2nd time aku naik benda alah ni. 1st time, setahun setengah yg lepas kat Fun Fair. Loser gila rasa. Hahahha.


Happy dapat beli bola baru



Cerita lain... Cerita politik lak..

Wan Azizah beri laluan kpd DSAI utk jadi Ahli Parlimen Permatang Pauh (kalau menang laa). Semalam, Pak Lah kata harga minyak akan diturunkan pada 1 Sept. Err.. satu isu yg Anwar nk guna utk berkempen dah dicantas (On your face Anwar<----kata hati pak lah). mmmm... tapi..apa hal pun, dah kubu kuat Anwar..hampir pasti member tu akan menang nya kan kan.kan.