Baru je balik dari Klang. Kena bagi talk kat ciki ciki Methodist Girl School. Pastu kena attend launching ceremony ACCA kat MMU Cyberjaya. Pastu balik Melaka. Pastu banyak kerja menimbun atas meja. Pastu kena prepare program seminar utk cekgu cekgi (program tu rabu ni). Pastu kena buat proposal utk kursus motivasi (program interview) utk student student SBP dgn MRSM. Pastu aku balik rumah, kemas rumah yg bersepah sbb renovate bilik tengah hari tu. Dah seminggu terbiar. Pastu aku agak down dan tersangat lah sedih semenjak minggu lepas. Ibunda (bukan ibu sebenar) aku kena breast cancer. Dia baru dpt tau Jumaat lepas. Rabu ni operation. Korang tolong tolong lah doakan utk ibunda aku nih.
.
Sofea pun tgh sakit jugak. Asyik demam malam. Kena refer kt Hospital Pantai (pakar Kanak kanak). Test darah td kt Hospital Pantai. Sofea kekurangan hemoglobin (darah merah) dan jugak sedikit darah putih (sbb viral fever). Ada kemungkinan Minor Thalassemia. Tp doktor kata, mungkin jugak sbb viral fever je pun. Tapi aku agak konfiden laa, sofea just kena demam biasa jer sbb time baby dulu pun, mmg sel darah putih dia agak kurang. Sofea akan direfer lagi ke hospital nanti. Aku tatau bila, lepas setel semua kerja ni kot.
.
Gua fenin betul. laptop abang aku tak pos lagi nih. sepatutnya last week pos ke Australia sana nun. Esok je lah aku pos.
.
Alhamdulillah, di sebalik kegawatan ekonomi ni, hari ini MMU bagi increment gaji pada kami. Tak ler banyak, lebih kurang RM 100 je. Tapi ok laa...rezeki. Hernie pun dpt increment jugak. Alhamdulillah.
.
Ahad ni kena jalan lagi. Seminggu di Kuala Kangsar dgn Taiping. Mungkin jugak kena extend lama skit sbb banyak jugak sekolah yg request kami pergi bagi talk. Request visit ke MMU dari pihak sekolah pun semakin menimbun atas meja aku. Sampai ada yg bertindan utk visit pada hari & waktu yg sama. Mana yg boleh combine, aku combine laa. Mana yg terpaksa reject, terpaksa la aku reject. Tak cukup staff nak bagi talk. Tak cukup venue nk accomodate bebudak nih.
.
Letih bro. Tapi enjoy & seronok la kerja ni. Tak perlu memaki hamun mcm dolu dolu. Ehehehhehe.
Letih bro. Tapi enjoy & seronok la kerja ni. Tak perlu memaki hamun mcm dolu dolu. Ehehehhehe.
1 comments:
"Tak cukup staff nak bagi talk." ----> aku ada.. hehe
Post a Comment