Tuesday, September 08, 2009

2.130; Climbing Mt. Kinabalu

Atas berberapa pertanyaan drpd kengkawan ataupun visitor blog ni, aku nk terangkan lah mcm mana prosedur mendaki dan booking tempat di Gunung Kinabalu. Untuk medaki gunung kinabalu, permit mendaki hanya akan diberikan setelah pendaki sudah mendapat penginapan di Laban Rata. Kalau bodo bodo pergi sana tanpa ada bilik, peluang utk dpt permit adalah tipis kecuali korang ada kabel atau org dalam kat sana atau korang merayu utk buat 'daypack' yg semestinya sgt sgt susah utk dpt approval. Bagi pendaki yg tak mau ambik risiko, better booking dan confirmkan tempat dulu di Laban Rata. Kalau nk murah, call dan booking sendiri. Kalau korang banyak duit dan malas nk buat, boleh booking melalui agent yg akan mengepau korang dgn harga yg sangat tinggi. Sekarang, Penginapan Laban Rata diberikan kpd Sutera Pasific Hotel (5 star Hotel) dan harganya sangatlah mahal. Tapi agak berbaloi kerana harga yg dikenakan termasuk pakej makan 3 kali sehari (buffet). Range harga bilik di Laban Rata adalah diantara RM188 - RM400 lebih. Dulu, 1st time aku pergi, harga bilik yg RM188 tu hanya RM30 shj tanpa pakej makan. sekarang wajib ambik pakej makan. Nak booking Laban Rata, contact number 088-245742.
.
Yang aku akan panjat next week, harga penginapan dia RM367 (termasuk insurans & permit). yg ni bilik yg best skit la sbb siap dgn heater/pemanas dalam bilik (sana sejuk wooo). Harga yg RM188 tu, tanpa heater & kongsi 8 atau 4 org satu bilik. semua tu kos utk bilik sahaja la.
.
Kos lain lain yg korang kena sediakan, kos guide RM100 (lebih kurang) utk satu group. kalau korang naik 5 org, bahagi 5 la RM100 tu = RM20 sorang. Kalau ko naik sorang, bayar RM100 la. Kalau korang bijak gi sorang, x apa...pagi sebelum panjat..ko menumpang je mana mana group, so dpt share kos guide. Dulu aku dgn selambernya menumpang group pelancong jerman & UK.
.
Kos insurans, RM7 seorg. Permit RM30. Kinabalu Park entrance Fee RM5. Transport ke starting point (Timpohon Gate) RM15 atau kalau nk naik ikut Mesilau Gate RM80 utk satu group. Kalau nk best, view cantik dan mencabar sikit, sila naik ikut Mesilau (20km dr Kinabalu park di kundasang). Timpohon Gate dekat je, sbb tu harge dia murah skit.
.
Day 1, kalau nk save duit, boleh tinggal kat Bayu Homestay (Betul betul depan Kinabalu Park). Rate dia RM25 sehari. No tel 088-889693. Tinggal situ sehari sebelum mendaki. Kalau korang staff TM atau staff anak syarikat TM, boleh tinggal kat TM Resort Kundasang. No tel, 088-88 9744. satu banglo 3 bilik, baru RM80. Boleh muat berpuluh org kt dalam. Kalau sorang, ambik bilik, RM30 satu malam. Kalau banyak duit, boleh tinggal kt dlm kinabalu park..tak tau dh berapa ringgit. Dulu aku duk kat situ, kena bayar RM30 je satu malam. skang stail pakej..mcm yg diorang charge kt Laban Rata sana.
.
Transport dari Bandaraya KK ke Kinabalu park. Jarak dari KK ke sana, lebih kurang 88KM. Kalau korang naik bas yg pihak Kinabalu park (suterasanctuary) sediakan, RM55 one way. Kalau korang naik bas mini, lebih kurang RM6,7 shj. Kalau korang tumpang bas ekspres yg ke Sandakan atau Tawau, RM15 shj.
.
Btw, lepas korang berjaya sampai ke puncak kalau nk sijil kejayaan..boleh beli, RM10 sekeping.
Waktu yg best nk mendaki, org kata bulan Mac. Sbb ada ais kat atas. Itu org ckp, aku tatau. Aku panjat bulan 7, nampak jugak ada ais. Pastu panjat bulan 10, tak ada ais. pastu bulan 4, ada ribut je memanjang.
.
Satu lagi, kalau korang ada duit yg tersangat banyak, boleh jugak mendaki 'Via feratta'. Kalau nk lagi seronok, cuba stay dekat 'Gurkha Hut'.
.
So ini je lah caranya berdasarkan pengalaman aku. Mungkin ada cara lain jugak yg aku tak tau. Tapi yg pastinya, kalau korang tak nak kecewa, better booking dulu sebelum terbang ke sana. Bukannya apa, nanti membazir aje sbb tak dpt sampai puncak Kinabalu. Frust wooo.
.
1st time aku panjat dulu (tahun 2007), overall cost tak sampai pun RM150 termasuk transport pergi-balik KK. 2nd time (tahun 2008), habis dekat RM350. 3rd time (Tahun 2009), ok la..ada org dalam..lebih kurang RM200. yg bulan depan aku bajet dlm RM400.
.
Cerita lain, 16 hb Oktober - 19 Oktober, ada trip mendaki Gunung Yong Yap, Perak. Salah satu Gunung G7. sapa nk join, boleh inform aku.
.
sekian.

7 comments:

The Author said...

Bro, good info. Aku siap copy and paste lagi. Insyaallah, aku akan pergi lagi. Kali ni aku nak berbudget sikit, cadang nak bawak anak. Sebelum ni, aku serah bulat2kat travel agent. Biasa they all charge around RM750.

Madam Robert said...

rajin gile ko panjat gunung weh~! dah bleh apply jd guider nih.. bukak company rekreasi sendiri.. :D ke, mmg dah plan pun??

abangpit said...

dulu first time aku naik.. rm80 je.. siap bilik kat bawah dan laban rata.. sekarang harga tak masuk akal.. macam pergi bangkok nya bajet.. haha

Anonymous said...

aku selalu naik sb wife org KK bah. so setiap kali balik kampung, aku spend la 2 hari kt 'kampung' aku kt Gunung sana.

abangpit: itu la, dulu pun aku buat sama cam ko, 2 hari kt Kinabalu park (1st day kt Rock Hostel, 2nd day kat Laban Rata(, kos dia RM60 jer. Guide RM25 + Transport RM15 + permit RM25 + Insurans RM30 = RM155.

-azlan-

Anonymous said...

hana: ehehehhe..ni dh nak retire panjat gunung dah ni. Bulan 10 last kot panjat gunung gunun yg besar nih. My wife expected bersalin hujung Nov - awal dec. so kena tunggu baby dh besar baru boleh sambung aktiviti mendaki ni.

kena freeze masuk hutan for 1or 2 years atau selama lamanya. Kalau gunung gunung yg tak memerlukan bercamping 'daypack' atau balik hari, mungkin boleh pergi kot.

-azlan-

Madam Robert said...

dah nak due dah ek.. cepat je rasa.. cam baru je dpt berita peknen haritu.. :)

Anonymous said...

bad news utk climber Gng Kinabalu next year. sila rujuk sini.

http://gunungonline.com/basecamp/viewtopic.php?f=23&t=2571


-azlan-