Friday, July 10, 2009

2.106; Masih Lagi Malas....

Cerita Point By Point Lagi;

1) Baby 2nd dah mula menendang...ehehehhe..gua sungguh happy.
2) Sofea dah banyak cakap dan boleh bercakap dalam ayat yg panjang
3) 25hb July, gua masuk hutan 7 hari. Mendaki Gunung Tahan.
4) 14,15,16 hb Ogos, Kami bercuti ke Pulau Tioman. dah booking Challet dh td.
5) 18 Sept (2 hari sebelum raya), aku akan mendaki Gunung Kinabalu. Dah confirm kan tempat kat Laban rata td. Bilik with heater.
6) 18 hb July, gua nk pergi stadium Bukit Jalil, Man Utd dtg. Gua dah beli tiket.
7) Kepala gua dh pening..rupa rupanya dah seminggu tak pakai spek. Kena start pakai balik.
8) 20-23 hb Julai...kursus dekat TM KL. 25hb Julai (pagi), kursus kat Cyberjaya. Petang 25hb, naik keretapi ke Gunung Tahan.
9) wah..sungguh bz rupanya aku nih....

Wednesday, July 08, 2009

2.105; Update Blog

Aku malas, so kita baca point by point je lah eh,
.

1) Sofea dah cerai susu. Hikmah duk hospital lama lama. X dpt breastfeed, so skang dh berjaya.
.
2) Sofea kurus sangat, tapi yg bagusnya, dia dh kuat makan.
.
3) Tadi gua pergi outstation ke seremban. Kat satu restoran ni, gua bantai Gulai lemak daging rusa + gulai lemak sembilang salai + ayam goreng kampung + gulai lemak otak lembuk (iyekk!!) + gulai lemak ikan baung. Gua nak makan gulai lemak daging landak..tapi hari ni dia tak jual.
.
4) Gua nangis on the spot bila dengar ucapan Paris Jackson td. Suddenly, i just realize, he's gone...he is really gone...forever. Bye bye Michael...
.
5) Projek Gunung Tahan & Pulau Tioman Insya Allah on. Sebab tu gua rajin training panjat gunung skang. Gunung Tahan tu, gunung ranking no 1 paling susah di Malaysia. Pulau Tioman..Hernie & Sofea will follow along bersama sama seluruh department aku. Sapa nk ikut????

Monday, July 06, 2009

2.104; Roger Federer Menang..Laaagi.

Another epic Wimbledon Final. As last year, the match lasted for more than 4 hours. Damn... 5 sets...dramatic. Federer reclaim the throne again. After loose it to Nadal last year. Federer beats Roddick 5-7, 7-6 (8-6), 7-6 (7-5), 3-6, 16-14. With this his 15th Grand Slam title, Roger Federer,
.
1) Menang Wimbledon ke 6 nya.
2) Final Wimbledon tahun ke 7 berturut turut.
3) Berjaya merampas kembali kedudukan no 1 dunia drpd Nadal.
4) Berjaya menjadi the most succesful tennis player of all time.
5) 15 Grand Slam dlm masa 6 tahun. Pete Sampras took about 12 years utk dapatkan 14 Grand Slam.
6) Malam td, Federer melakukan 50 aces.
7) Throughout the match, Federer hanya berjaya dapatkan 1 breakpoint iaitu di 'championship point'.
8) Serve Roddick mcm peluru.
9) Gua letih betul menunggu game ni habis.
10) Federer dah pergi 20 Grand Slam Final. Menang 15, Kalah 5. 5 yg kalah tu, semua di tangan Rafael Nadal.

Sunday, July 05, 2009

2.103; Keluar Hospital

Sofea dah discharge tgh hari td. Semakin aktif. Happy dpt balik rumah. 10 hari bertapa kt sana. Skang ni aku tgh layan Wimbledon. Fedex lwn A-Rod. Federer on the way utk mencipta rekod grand slam ke 15. Harap harap game ni tak berlarutan mcm tahun lepas. Epic final tahun lepas, Federer lwn Nadal, aku kena layan sampai 5 jam (sampai ke subuh). Tapi puas hati la, org kata the best ever wimbledon final in history kan. Nampak gaya Roddick tgh perform mlm ni. serve mcm peluru. 1st set Roddick dah menang. skang 2nd set. Adios amigos...

Saturday, July 04, 2009

2.102; Apekah???

Sofea Insya Allah esok boleh keluar. Sofea semakin ok. Semakin aktif. Errr, td gua pergi gunung datuk lagi. Iya iya...korang katalah aku ni gila gunung ke ape ker...aku pergi sbb dh janji dgn si Jaafar nih...hahahhaha...
.
Hari ni gua pewai (pancit). Gua demam beb. Sampai puncak ambik masa sejam 20 minit. Turun amik masa 40 minit. Ehehehehehe....

Nak jadi nurse mcm popo eh? or nk jadi doktor mcm auntie herna? mana mana pun ok, no problem...


Org kata ni tapak kaki hang tuah..kat puncak gunung datuk...
btw, gua tak mandi pun...pagi td..hahahaha...







Friday, July 03, 2009

2.101; Transfer Rumours II

Gambar hiasan yg di'photoshop'kan


Pak Karim tak jadi masuk Man Utd, beliau memilih Real Madrid. Stunning news, Owen masuk Man Utd, iya Michael Owen, bukan Owen Hargreaves atau Owen Wilson, tapi Michael Owen aka ex-liverpool golden boy. Mamat ni injury-prone, tapi aku jugak admirer skil dia ni. Hopefully SAF tahu apa yg dia buat dgn menyebat mamat ni masuk Man Utd.

Thursday, July 02, 2009

2.100; Masih Di Hospital (Boring Mode)

Kaye!!Kaye!! jerit sofea selepas menyelongkar wallet abah

Kaya!!! Kaya!!



Meronda ronda sekitar Ward.