Saturday, February 28, 2009

2.38; TM Family Day

Tadi kami join Family Day TM Bhd kat Tmn Buaya Air Keroh. Tak sebest tahun lepas sbb tak ada apa kt Tmn Buaya ni. Tahun lepas buat kt Zoo Melaka, lagi banyak benda boleh tgk. Tadi kami join treasure hunt time family day tu. Kami menang no 1. uhuhuhu..1st time aku menang treasure hunt. Hasil drpd taktik dan strategi keji kumpulan kami.










Sunday, February 22, 2009

2.37; 8 Mata Di Atas

Man utd melepaskan gol buat pertama kalinya dlm liga sejak bulan November yg lepas. Rekod 14 game tanpa bolos tamat malam tadi, walaubagaimanapun Man Utd menang game tersebut dgn 2-1. Man Utd kini mendahului liga dgn kelebihan 8 mata. 8 point di atas datang dgn kos yg agak besar, defender/fullback Man Utd hampir pupus sbb kecederaan dan suspension. Yg tgh injured, O' Shea, Neville, John Evans,wes brown + Vidic kena gantung. Nak lawan Inter Milan next week dlm Champions league. Uhuhuhuhu... Jose Mourinho beb.. best kalau dapat belasah team dia nih....

Thursday, February 19, 2009

2.36; Hilang di Gunung Yong Yap (G7)

Next month aku sepatutnya pergi ke Gunung Yong Yap dgn group abg Sham castello.. salah satu gunung G7. Tapi sbb aku outstation ke Sandakan/K Kinabalu, aku cancelkan niat aku & ganti dgn naik Gunung Kinabalu. Tadi baru dpt berita, Abg Sham Castello guide satu group ni pergi Yong Yap weekend lepas. Salah seorang ahli group hilang sejak ahad dan masih belum dijumpai. Bro yg hilang ni kira hard core dan berpengalaman luas jugak laa dalam mendaki ni. macam yg aku baru je tulis dlm post yg lepas, mengenai risiko mendaki walaupun sekuat mana pun pengalaman kita. Aku tak boleh nk bayangkan mcm mana nk survive kat dlm G7 dlm keadaan tak ada makanan/khemah dan keseorangan. Aku harap sangat sangat bro yg hilang tu dapat diselamatkan secepat mungkin.

Lagi berita disini:-

http://gunungonline.com/basecamp/viewtopic.php?f=23&t=2308

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/20090219093457/Article/index_html


p/s:- yuhana, ckp je bila nk panjat gunung kinabalu, Insya Allah saya boleh follow. btw, ada kawan plan nk pegi bulan 5 ni.

2.35; Ntah Lagi

Aku bangun awal. Aku bangun jam 3.30 pagi td sbb nk tgk EPL, Man Utd Vs Fulham. Skang dh jam 522 pagi & Man Utd tgh leading 3-0. Sat lagi kena gi Cyberjaya (jam 6.30 pagi). Tido dlm bas MMU je lah.

Tadi contact member gunung aku. Dia ajak naik Gunung Kinabalu lagi. steady dia nih. Kerja doktor kat Seremban & umur 53 tahun. Aktif panjat gunung. Gunung kinabalu dia panjat sebulan sekali. Dia selalu dpt pakej murah naik Kinabalu. So, sbb harga yg terlampau murah itu, aku pun setuju utk join dia naik Kinabalu lagi bulan depan. Aku bakal ke puncak Kinabalu buat kali ke 3 (3 tahun berturut turut beb!!!! 2007,2008 and bakal di 2009). Bos aku dh bagi clearance utk cuti.


Talking about gunung, semakin banyak pengalaman aku mendaki gunung, semakin takut perasaan aku semasa nak join satu satu ekspidisi tu. Org kata sepatutnya semakin biasa atau selalu buat benda tu, maka makin senang la kita nk buat kerja tu tp bagi aku, utk kes naik gunung ni, dia jd opposite. Sbb, bila kita dh selalu naik gunung, kita dh tau posiblity what to expect. expect the unexpected. maksud aku, risiko yg kita tak nampak yg boleh terjadi. Benda ni buat aku semakin berhati hati atau lebih beringat masa nak mendaki even mendaki gunung yg senang atau gunung yg dh berberapa kali aku dah naik. Senang citer, tak leh ckp besar & ada rasa hormat terhadap cabaran dr gunung tu.

Akhir skali sila layan video ni....

Wednesday, February 18, 2009

2.34; The Amazing Race Azlan (TARA)

Aku dah tgk jadual aku utk bulan 3, agak mustahil...tapi mmg aku akan berkejar kejar ke Airport. Jadual dia lebih kurang macam ni,

Melaka ---> Mid Valley (2 hari) ---> Sandakan (2 hari)--->Kota Kinabalu (1 hari)---> Butterworth (2 Hari)---> Taiping (1 hari) ----> Ipoh (1 hari) ---> Taiping (2 hari)---> Kuala Kangsar (3 hari) ---> Miri (3 Hari) ---> Sibu (2 hari) ---> Melaka.


mmmm...ada berani????

kepada team mate aku, Zainul:- Come On..we can do it....

Monday, February 16, 2009

2.33; Gunung Ledang

Weekend lepas aku daki gunung ledang. 2 hari 2 malam camping. Ni trip aku ke 3 daki ledang. last sekali aku daki gunung ledang 10 tahun lepas (1999). Kali ni aku ikut trip student MMU. 50 student. Finally aku dapat sama dgn wife aku. dia dah panjat ledang 3 kali. So kami dah sama sama sampai puncak ledang 3 kali. ehehehhehe. Lebih separuh dari jumlah student yg follow ni adalah student Indonesia yg belajar di MMU. Sbb dulu aku yg handle diorang (time aku kerja kt Unit International student), so enjoy jugak la sbb diorang dh biasa dgn aku.




























Friday, February 13, 2009

2.32; Doa Untuk Dapatkan Anak

Doa Untuk Mendapatkan Anak...

Pada suatu hari, seorang cendekiawan yang bernama Hasan Basri sedang duduk berbincang-bincang bersama dengan sahabat-sahabatnya di rumah. Beliau seorang yang pandangan dan nasihatnya selalu diminta oleh orang ramai apabila mereka menghadapi masalah ataupun musykill akan sesuatu perkara.

Sedang mereka asyik berbincang, tiba-tiba muncul seorang lelaki. Lelaki itu kelihatan dalam keadaan sedang bersedih.

"Hujan tidak juga turun-turun" kata lelaki itu dengan nada mengeluh.

Hasan menggeleng-gelengkan kepalanya apabila mendengar keluhan lelaki itu.

"Saudara banyakkanlah memohon ampun daripada Tuhan" pesan Hasan kepadanya.

Mendengar nasihat Hasan Basri, lelaki itu pun pulang ke rumahnya. Tidak berapa lama kemudian, datang pula seorang lelaki lain. Dia juga kelihatannya bersedih.

"Saya menderita kemiskinan" keluh lelaki itu.

"Saudara banyakkanlah memohon ampun daripada Tuhan" nasihat Hasan Basri kepadanya.

Lelaki itu pun pulang. Kemudian datang lagi lelaki yang juga dalam kesedihan.

"Isteri saya mandul, tidak dapat melahirkan anak kepada saya" keluh lelaki itu.

"Saudara banyakkanlah memohon ampun daripada Tuhan" nasihat Hasan Basri, sama seperti sebelumnya.

Lelaki itu pun pulang. Kemudian, datang lagi seorang lelaki lain.

"Bumi sudah tidak subur lagi. Tidak ada hasil" keluh lelaki itu.

Hasan Basri memberikan nasihat yang sama kepadanya. "Banyakkanlah memohon ampun daripada Tuhan"


Sahabat-sahabatnya merasa hairan dengan sikap Hasan Basri. Nasihat yang sama juga diberikan.

"Kenapa nasihat yang sama sahaja saudara diberikan kepada mereka itu, iaitu supaya masing-masing memohon ampun daripada Tuhan saja, sedangkan mereka masing-masing menghadapi masalah yang berlainan?" kata mereka.

Hasan tersenyum mendengar kritikan mereka itu. "Apakah saudara tidak pernah mendengar kata-kata Tuhan yang bermaksud 'Maka Aku perintahkan kepada mereka: 'Mohonlah ampun kepada Tuhan. Dialah Tuhan Maha Pengampun. Dia mengirimkan, kepadamu hujan yang lebat, memperbanyakkan harta dan anak serta menyuburkan bumi bersama
sungai-sungai yang mengalir'" kata Hasan Basri memberi penjelasan.

Petikan dari Buku Cerita-cerita Motivasi untuk Iman
Karangan: Ainol Khusyairi Radzi.

Wednesday, February 11, 2009

2.31; Stress Layan Anak



Mmg aku setuju benor dgn muka dia nampak stress bila layan anak.

1st, aku pk balik time aku remaja dulu..mak aku pun selalu membebel atau ingatkan aku benda benda mcm dia sebut.
2nd, Semua benda yg dia sebut mmg biasa la mak ayah selalu tegur kita.
3rd, payah nk didik anak ni rupanya (bila dh ada anak baru sedar atau tgk org lain yg dah ada anak yg besar)
4th, Mmg nature anak remaja, suka memberontak atau pk dia je yg betul.
5th, reti reti la appreciate mak ayah kita. Susah jadi diorang ni. Kekadang kita pk payah jadi anak yg selalu kena kontrol tapi bila pk pk balik, lagi susah jadi diorang yg ada anak mcm kita nih. Hahahhaa..betul tak????

Monday, February 09, 2009

2.30; Tadop Papo

Betul la..kanak kanak (dah bukan baby doh)suka tiru kita apa yg kita buat. Mcm mcm diorang suka tiru. sejak berberapa bulan dulu, kami perasan, sofea suka tiru kami time kami tgh solat. Kebetulan Ibu Ida belikan sejadah mini utk Sofea masa haji kt Mekah haritu, semakin suka la Sofea join Mama atau Abah dia solat. Tadi time aku solat, ada paparazi lak ngendap. Ambik gambo. cuba tgk, mata Sofea sentiasa pandang aku je. hahahaha...nk tiru step la tu.




Sofea dah ada laptop sendiri..dah jgn kaco laptop abah...













Salam Abah Lepas Doa ehhh....

p/s:- Harap harap laa sofea tiru yg positif je dr parent dia yg huru hara ni.

Saturday, February 07, 2009

2.29; Sofea camping Di Port Dickson?

Asyik aku je gi camping..nah..aku bawak korang lak gi camping sambil mandi laut kt Port Dickson.

Gambar 1)Sorang Tgh tahan pedih mata, Yang si kecik tu kontrol takut, Yang Mama Sofea tu panik sbb takut air laut.
Gambar 2) Muka aku yang semakin cengkung (Dah turun 10kg sejak turun gunung Ulu Sepat)
Gambar 3)Sofea dah exited main air.
Gambar 4)Babai Abah..<---dah konfiden utk melarikan diri dari kami.
Gambar 5)Dua dua kontrol cun
Gambar 6)Khemah hadiah drpd abang aku 2 tahun lepas. sesapa nk ikut aku panjat gunung, buleh tumpang tido dlm nih.
Gambar 7)Bergaya depan khemah.









Friday, February 06, 2009

2.28; Politikus

Situasi A.

Parti BN menang pilihanraya umum March 2008. Parti PKR hampir menguasai parlimen March 2008. Si Anwar Ibrahim berkata, berberapa ahli parlimen BN akan menyertai Pakatan Rakyat dan menubuhkan kerajaan baru. Kesimpulan, PKR OK dgn melompat parti demi kuasa. Malangnya, rancangan ini gagal.


Situasi B.

Parti Rakyat menang di Perak. Menang tipis. Berjaya tubuhkan kerajaan. Kemudian sorang ADUN UMNO masuk PKR. Anwar Ibrahim gembira tak terperi (sokong main lompat lompat ni). Seminggu lepas tu 3 orang ADUN Pakatan Rakyat + si UMNO ni join BN balik. Pakatan Rakyat tumbang. BN tubuhkan kerajaan. Anwar tak happy. Macam biasa, pendekatan merusuh diadakan. Sungguh memalukan.


Kesimpulan,

Sungguh memalukan, Pakatan Rakyat plan utk buat benda yg sama utk menguasai parlimen (time ni cara ni dihalalkan laa). Kemudian bila dijatuhkan dgn cara yg sama, tetiba diorang merusuh lak. bengong. Siap nak saman Sultan lagi tu. Bengong. Sungguh hipokrit.

Aku bukannya suka UMNO. Aku pun tak suka DAP. Antara UMNO & DAP, aku paling benci PKR. Hipokrit. Paastu, ADUN PKR yg berpaling tadah tu pulak adalah ADUN rasuah yg kata seks tu adalah sedekah dari pompuan cina tu dan ianya bukan rasuah. MMMMM, zina buleh dianggap sedekah??? ok la tu kan, dari pihak kotor pindah ke pihak kotor.
Untuk kuasa, masing masing boleh halalkan cara masing masing. Yang paling bodoh, rakyat yg menyokong. merusuh for somebody yg enak selesa kat rumah banglo yg best tu.

Thursday, February 05, 2009

2.27; Cute

Monday, February 02, 2009

2.26; Hidup Yang Tenang

Alhamdulillah, semenjak dua menjak ni aku rasa sgt tenang. Memang sejak pindah department ni, idup aku lebih terurus..lebih banyak masa utk buat something yg aku suka. Tapi aku rasa ketenangan ni datang atas sbb lebih dari itu. Apa yg aku perasan, sejak aku masuk hutan mendaki gunung, i'm enjoying my life more than ever. Pertama sekali, pasal tido. Aku boleh tido dgn lena. Aku appreciate katil aku lebih dari sebelum ni. Sebelum ni, aku ada masalah utk tido awal. Hinggakan aku tepaksa jogging pd waktu petang uk buat aku letih. Itu pun lebih pkol 12 tgh malam baru boleh cuba lelap. Itu pun kena paksa layan DVD dulu sebelum tido. Sekarang, pkol 10 mlm aku dh rasa ngantuk. Aku dah boleh tido sebelum pkol 10 mlm.
.
2nd, 'm enjoying my food. Aku boleh makan skit dgn rasa nikmat. sebelum ni makan banyak pun...tak ada nikmat. Sbb tu susah kot nk kontrol berat badan. sekarang, makan skit je.tapi Alhamdulillah, nikmat kesedapan makanan tu boleh rasa lama. Aku dh kurang makan. sejak turun gunung last week, berat aku dh turun 7 kg. 3 kg turun time panjat. Lagi 4kg selepas dh balik rumah.
.
3rd, ehehheehe...aku dh boleh duduk dlm rumah. sejak dulu (3 tahun lepas) setiap kali cuti weekend, aku gelisah. Nak keluar rumah. Aku mesti ajak wife aku keluar. At least pergi shopping atau tgk/jamu mata kt shopping complex. Tak pun melarikan diri ke opis buat buat ada kerja. skarang, aku boleh stay je kt rumah. Malas nk keluar. Enjoy duduk rumah. Dulu...selalu sgt pikir nk balik kampung (sama ada Kelantan atau sabah), sekarang tak payah pikir doh. Aku rasa seronok duduk Melaka. enjoy hidup aku dan family.
.
4th, yang paling best dan paling terutama. Setiap kali nk masuk hutan, malam tu aku tak boleh tido. Asyik teringat kat wife aku dan anak aku. Aku boleh stay tenung dua dua ni tgh tido dari tgh malam hingga ke subuh hari. setiap kali turun dr gunung, aku betul betul sedar how much i need both of them. How much i love both of them. Memang la aku sayang kt diorang walaupun aku tak naik gunung, tapi satu perasaan yg susah betul aku nk gambarkan atau nk ceritakan kt sini. kat dalam hutan tu, setiap masa, hati teringat je kat diorang. Aku rasa Azam (teman aku naik gunung) mmg sentiasa perasan kot bila aku rindu kat Hernie dgn Sofea. Biasanya time aku termenung, Azam akan tepuk belakang aku pastu tanya, 'ko ok ke?' hahahaha. tau tau lak dia aku tgh layan feeling.
.
Adakah aku kaki gunung? sebenarnya tak sgt. Aku panjat gunung lebih kepada goal oriented (Utk capai target). Bukan sbb aku suka panjat gunung. Aku just nk achieve something bila aku buat something. Cam mana nk cakap eh...contohnya, psl panjat G7, my goal is to complete all G7 punya gunung. Lepas tu, aku tanak panjat gunung dah. Kalau kaki gunung, mesti addicted nk panjat semua gunung yg ada kan. satu lagi, aku suka tgk alam ni dari atas. Aku boleh tgk hutan. Aku boleh tgk bintang dgn jelas dari atas sana. I'm enjoying it so much.
.

5th, Setiap kali masuk hutan, perasaan takut kpd Allah semakin bertambah. Aku mcm tersentak atau sedar betapa kerdilnya aku ni. Anytime aku boleh mati kt hutan ni (kena serang dgn binatang buas, sesat, tergelincir ke dlm gaung etc). setiap kali daki gunung, kalau setakat tapak kaki harimau atau binatang buas lain tu, biasa je boleh jumpa time trekking. Siap boleh dgr lagi bunyi bunyi depa ni. And then, biasanya gunung gunung betul betul terletak dlm belantara/hutan tebal. risiko utk sesat mmg tinggi + trek yg jarang org lalu. Boleh terkonfius dgn trek binatang (rupa trek seakan sama). Psl gaung gaung tu toksah citer laaa. Mmg sayup tinggi dia. bila balik je rumah, mmg malu betul kat diri sendiri. Tak jaga solat/amalan. Anytime boleh mati dlm kufur.
.
Conclusion, aku boleh enjoy tido aku, makan aku, family aku, hidup aku dan amalan aku (walaupun banyak lagi yg perlu kena repair/upgrade. Banyak rosak nih)

Sekian....

Sunday, February 01, 2009

2.25; Mari Membuat Cup Cake/Muffin






Mama mau buat cupcake. Abah tak confident. Mama mau buat jugak. X apa. Mari kita beli mixer. Abah beli mixer dan bagi kt mama. Mama buat cupcake. Abah dgn Sofea menyibuk mau buat jugak. Sofea jadi tukang rasa (Tengok gambar). Abah dgn Sofea jadi tukang susun cup (Tgk gambar). Mama jadi tukang selerakkan meja (tgk gambar) + Chef cupcake yg sedap itu.