Saturday, July 25, 2009

2.110; Bermula....

Malam ni kami akan bertolak ke sana... pagi esok start trekking. Sat lagi kena attend kursus dulu kt Sri Malaysia. Adui, tak packing lagi utk trip gunung Tahan ni...

Perjalanan naik Perjalanan Turun.
.
Doakan group kami selamat pergi dan pulang..Many thanx.
.
-azlan-


Tuesday, July 21, 2009

2.109; Rempit...Rempit

Sabtu hari tu gua merempit ke Bukit Jalil utk menonton Man Utd dgn motor Modenas Kriss 110 ku yg bernama Eleanor. sampai balik Melaka pkol 11 malam. Jam 7 pagi hari Ahad, sekali lagi aku buat kunjungan ke Gunung Datuk. Ntah kali ke berapa dah aku memanjat gunung ni. Mungkin 5 kot. Tapi kunjungan kali ini adalah sbg Enchek Guide atau sweeper kpd sekumpulan ciki ciki Shah Alam yg baru nk belajar mendaki. Kak Ana mintak tolong back up..ok fine with me as Doktor Ramlee and Azam lambor mau join. Lagi pun boleh sbg warm up sebelum berkunjung ke Gunung Tahan weekend ni. Perjalanan ke puncak kali ni amat lah santai gayanya. Tangkap leleh dan mengambil masa 2 jam setengah utk ke puncak.
Kak Ana, Doktor Ramlee, Azam & Aku


Hari isnin hingga rabu ada kursus & training TM kt Hotel Grand Season, KL. Lagi aku terpaksa merempit. Eleanor kesayangan ku terpaksa membawa aku ke KL. Ulang alik, selama 3 hari berturut ke KL. Aku malas nk duk hotel. Dah bosan duk Hotel. Esok last day training. uhuhuhu..penat siot. Btw, kursus ni tersangat la buhsan kecuali mcm biasa...makanan makanan hotel yg mewah dan lazat itu.

Saturday, July 18, 2009

2.108; Man Utd Vs Malaysia

Baru sampai rumah dari stadium. Aku berpuas hati dgn game tadi kerana;
.
1) Malaysia membuktikan bahawa mereka pandai main bola.
2) Indra Putra mmg power. Beliau kontrol bahagian tengah.
3) Man Utd menurunkan team yg kuat.
4) Goalkeeper Malaysia power gak laa.
5) Semua gol mmg cantik.

Apa yg berlaku td. Skuad Malaysia bermain dgn yakin dan tidak bertahan shj. Mereka bermain secara open dan menyerang. Malaysia mempunyai banyak peluang utk menjaringkan gol namun aksi boyband Amri Yahyah yg tangkap leleh banyak mengecewakan penonton. Beliau bermain secara tamak, mungkin utk memikat hati Sir Alex dan bercita cita utk di beli oleh Sir Alex. Ini menyebabkan penonton, termasuklah aku menge'boo' si Amri setiap kali beliau mendapat bola. Setelah di 'booo' oleh penonton Malaysia, beliau menjadi lebih tidak mementingkan diri dan berjaya score 2 gol. Sebelum itu, Malaysia ketinggalan 2 gol hasil jaringan Rooney & Nani. Aksi boyband bertukar menjadi aksi heroic apabila Amri Yahya bersungguh sungguh dan mendapat 2 gol. Gua perasan, pemain Malaysia sungguh yakin mengelecek pemain Man Utd dan lautan merah pemakai jersey Man Utd mula melaungkan sorakan 'Malaysia, Malaysia!!!' termasuklah aku sendiri. Dari awal aku perasan, Indra Putra mengawal bahagian tengah dan menjadi inspirasi serangan dan pertahanan Malaysia.
.
Minit ke 80, Indra Putra dikeluarkan dan aku berkata kpd enchek MaOi, 'Malaysia akan dikalahkan sbb Indra perform malam ni'. Penonton mula melaungkan 'Owen, Owen!!!'. Aku berdoa supaya game cepat habis. Mintak mintak draw je malam ni. Owen dimasukkan. Owen score pada minit 86. Dem!!!!
.
Kesimpulan aku puas hati sbb Malaysia bermain sgt baik dan menghiburkan. Man Utd juga ok. Game mmg layan habis. Not one side game.
.
Isnin ni re-match.
lautan Merah

Merah lwn Biru
Aksi spastik Maoi


Owen at the scoreboard.

Friday, July 17, 2009

2.107; Malas Nak Bercerita...

Weekend lepas kami balik Kelantan. hari sabtu bertolak, sampai pagi Ahad..pastu malam tu terus balik Melaka. Tak sempat pun nk bermalam kat Kelantan. Aku tak puas hati balik kampung hari tu sbb pertamanya, bila aku sampai..adik pompuan aku dah ilang. kena panggil balik ke Pulau Pinang sbb kuarantin H1N1. Ke dua, aku ngidam nk makan 'akok' tapi aku lupa beli, dah on the way balik ke Melaka baru teringat. Dem!!
.
Can not wait nk pergi KL esok..nk tgk Man Utd. Also can not wait utk menunggu 25 hb ni...bertolak ke kaki Gunung Tahan. Also also can not wait 14 hb August utk ke Pulau Tioman. Lagi can not wait for another Gunung Kinabalu trip 18 Sept ni. Rupa rupanya gua dah jadi kaki outdoor. Dari dulu lagi gua minat outdoor outdoor ni, tapi dolu dolu kewangan yg membataskan..lonih...gua boleh redah ajer.
.
Mata gua ni rasanya dh kronik dah ni..kalau tak pakai spek ni...mmg rasa melayang layang kepala. Kena istiqamah la pakai spek ni. adooyai..
.
Jersey Man Utd baru aku dh sampai semalam dari UK. Jersey season 2001/2002. Jersey 100 years Man Utd. Yg bestnya jersey ni adalah reverseble, side dalam dan luar boleh diterbalikkan menjadi jersey kaler lain.

Friday, July 10, 2009

2.106; Masih Lagi Malas....

Cerita Point By Point Lagi;

1) Baby 2nd dah mula menendang...ehehehhe..gua sungguh happy.
2) Sofea dah banyak cakap dan boleh bercakap dalam ayat yg panjang
3) 25hb July, gua masuk hutan 7 hari. Mendaki Gunung Tahan.
4) 14,15,16 hb Ogos, Kami bercuti ke Pulau Tioman. dah booking Challet dh td.
5) 18 Sept (2 hari sebelum raya), aku akan mendaki Gunung Kinabalu. Dah confirm kan tempat kat Laban rata td. Bilik with heater.
6) 18 hb July, gua nk pergi stadium Bukit Jalil, Man Utd dtg. Gua dah beli tiket.
7) Kepala gua dh pening..rupa rupanya dah seminggu tak pakai spek. Kena start pakai balik.
8) 20-23 hb Julai...kursus dekat TM KL. 25hb Julai (pagi), kursus kat Cyberjaya. Petang 25hb, naik keretapi ke Gunung Tahan.
9) wah..sungguh bz rupanya aku nih....

Wednesday, July 08, 2009

2.105; Update Blog

Aku malas, so kita baca point by point je lah eh,
.

1) Sofea dah cerai susu. Hikmah duk hospital lama lama. X dpt breastfeed, so skang dh berjaya.
.
2) Sofea kurus sangat, tapi yg bagusnya, dia dh kuat makan.
.
3) Tadi gua pergi outstation ke seremban. Kat satu restoran ni, gua bantai Gulai lemak daging rusa + gulai lemak sembilang salai + ayam goreng kampung + gulai lemak otak lembuk (iyekk!!) + gulai lemak ikan baung. Gua nak makan gulai lemak daging landak..tapi hari ni dia tak jual.
.
4) Gua nangis on the spot bila dengar ucapan Paris Jackson td. Suddenly, i just realize, he's gone...he is really gone...forever. Bye bye Michael...
.
5) Projek Gunung Tahan & Pulau Tioman Insya Allah on. Sebab tu gua rajin training panjat gunung skang. Gunung Tahan tu, gunung ranking no 1 paling susah di Malaysia. Pulau Tioman..Hernie & Sofea will follow along bersama sama seluruh department aku. Sapa nk ikut????

Monday, July 06, 2009

2.104; Roger Federer Menang..Laaagi.

Another epic Wimbledon Final. As last year, the match lasted for more than 4 hours. Damn... 5 sets...dramatic. Federer reclaim the throne again. After loose it to Nadal last year. Federer beats Roddick 5-7, 7-6 (8-6), 7-6 (7-5), 3-6, 16-14. With this his 15th Grand Slam title, Roger Federer,
.
1) Menang Wimbledon ke 6 nya.
2) Final Wimbledon tahun ke 7 berturut turut.
3) Berjaya merampas kembali kedudukan no 1 dunia drpd Nadal.
4) Berjaya menjadi the most succesful tennis player of all time.
5) 15 Grand Slam dlm masa 6 tahun. Pete Sampras took about 12 years utk dapatkan 14 Grand Slam.
6) Malam td, Federer melakukan 50 aces.
7) Throughout the match, Federer hanya berjaya dapatkan 1 breakpoint iaitu di 'championship point'.
8) Serve Roddick mcm peluru.
9) Gua letih betul menunggu game ni habis.
10) Federer dah pergi 20 Grand Slam Final. Menang 15, Kalah 5. 5 yg kalah tu, semua di tangan Rafael Nadal.

Sunday, July 05, 2009

2.103; Keluar Hospital

Sofea dah discharge tgh hari td. Semakin aktif. Happy dpt balik rumah. 10 hari bertapa kt sana. Skang ni aku tgh layan Wimbledon. Fedex lwn A-Rod. Federer on the way utk mencipta rekod grand slam ke 15. Harap harap game ni tak berlarutan mcm tahun lepas. Epic final tahun lepas, Federer lwn Nadal, aku kena layan sampai 5 jam (sampai ke subuh). Tapi puas hati la, org kata the best ever wimbledon final in history kan. Nampak gaya Roddick tgh perform mlm ni. serve mcm peluru. 1st set Roddick dah menang. skang 2nd set. Adios amigos...

Saturday, July 04, 2009

2.102; Apekah???

Sofea Insya Allah esok boleh keluar. Sofea semakin ok. Semakin aktif. Errr, td gua pergi gunung datuk lagi. Iya iya...korang katalah aku ni gila gunung ke ape ker...aku pergi sbb dh janji dgn si Jaafar nih...hahahhaha...
.
Hari ni gua pewai (pancit). Gua demam beb. Sampai puncak ambik masa sejam 20 minit. Turun amik masa 40 minit. Ehehehehehe....

Nak jadi nurse mcm popo eh? or nk jadi doktor mcm auntie herna? mana mana pun ok, no problem...


Org kata ni tapak kaki hang tuah..kat puncak gunung datuk...
btw, gua tak mandi pun...pagi td..hahahaha...







Friday, July 03, 2009

2.101; Transfer Rumours II

Gambar hiasan yg di'photoshop'kan


Pak Karim tak jadi masuk Man Utd, beliau memilih Real Madrid. Stunning news, Owen masuk Man Utd, iya Michael Owen, bukan Owen Hargreaves atau Owen Wilson, tapi Michael Owen aka ex-liverpool golden boy. Mamat ni injury-prone, tapi aku jugak admirer skil dia ni. Hopefully SAF tahu apa yg dia buat dgn menyebat mamat ni masuk Man Utd.

Thursday, July 02, 2009

2.100; Masih Di Hospital (Boring Mode)

Kaye!!Kaye!! jerit sofea selepas menyelongkar wallet abah

Kaya!!! Kaya!!



Meronda ronda sekitar Ward.




Wednesday, July 01, 2009

2.99; Sofea Update Lagi

Sofea dah ok HFMD. Sofea dah ok Bronchitis. Sakit lain pulak. Pneumonia la pulak. So kena extend lagi tinggal kt Hospital. Pneumonia tu dah buat Sofea demam panas. Semalam X-Ray, nampak ler cecair dlm peparu tu. Uhuhuhuhuhu... sedey sedey sedey... dah hari ke 6 dah kat Hospital Pantai tu. Aku pun dh jangkit demam. Malam td aku kena demam batuk.

sekian,